Pengenalan
Syarikat Elite Maju Trading

Elite Maju Trading adalah sebuah perniagaan pemilikan tunggal milik bumiputera yang telah ditubuhkan oleh peneraju yang berpengalaman dalam bidang pembinaan. Secara dasarnya, perniagaan ini telah bertapak dalam bidang perusahaan ini sejak tahun 2010 dan telah didaftarkan pada Disember 2012 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Syarikat ini merupakan syarikat milikan tunggal. Syarikat ini menawarkan beberapa bidang kerja iaitu kerja pembinaan bangunan, kontraktor binaan, mencuci bangunan, mengecat, pembekalan, serta servis pemasangan dalam kerja-kerja berkaitan dengan kerja-kerja am (Civil Work), jalanraya (Road Work), longkang (Drainage System), besi dan aluminium (Steel and Aluminium), pagar (Fencing & Gate), mainsteel grill, handrailing, bilik sejuk dan pendingin hawa (Airconditioning).

Elite Maju Trading juga berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada Gred G2 Kategori CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam) dan B (Pembinaan Bangunan). Akhir sekali, syarikat ini beroperasi di PT163-1, Kampung Gaung, Belukar, Pendek, 15100 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Misi Syarikat

ELITE MAJU TRADING berusaha mengembleng tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai misi dengan:-

Melaksanakan projek yang diamahkan dengan cekap dan komitmen yang jitu demi memenuhi kehendak pelanggan.

Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang amanah, profesional dan produktif.

Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang berkualiti.
Menyelesaikan segala projek dan kerja yang dipertanggungjawabkan mengikut jadual dan tempoh masa yang telah ditetapkan.
Menjadikan sebuah syarikat pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan yang berjaya.